// Miss Simple

Life is .....
Saturday, April 21, 2012 | 9:31 PM | 0 Budak Hot


Hidup kita ini sangat indah seandainya kita menghayati setiap detik yang berlalu dengan penuh makna.Waktu yang berlalu itu bagaikan pengalaman untuk mengejar kita erti kehidupan dan bagaimana mengharungi dan menongkah arus kehidupan yang berada di hadapan kita.Nikmat yang diberi adalah ganjaran kepada susah payah kehidupan kita.Tetapi jangan terlalu suka dan bergembira dengan nikmat yang ada kerana nikmat itu mungkin tidak kekal sekiranya kita sentiasa menurut hawa nafsu yang tidak berpenghujung.Kepayahan dan kesukaran dalam kehidupan pula adalah ujian untuk kita sebagai makhluk ciptaanNya dan menunjukkan betapa sayangnya DIA kepada makhluk ciptaanNya.Jadi janganlah pula kita merungut dengan kepayahan dan dugaan yang diberikan kerana ianya adalah hikmah buat kita.Kehidupan kita ini penuh dengan naik dan turunnya, susah dan senangnya, serta ujian dan nikmat.Kadangkala kita tak pernah sedar salah satu perkara ini sedang berlaku pada diri kita, kerana kesibukan itu mengejar cita-cita.Jadi, warna kehidupan kita yang secerah warna pelangi menjadi pudar di hadapan kita kerana kita tak menghayatinya dan tidak mengamatinya.Oleh itu, dalam perjalanan kehidupan kita, tak salah untuk kita berhenti seketika daripada berjalan dan terus berjalan sehingga kita lupa siapa kita, peranan kita dan apa tujuan hidup kita.

Kita kena redha dengan semua dugaan Allah.Allah sayang kita sebab tu dia uji kita.


Hidup dan Mati ku kerana Allah SWT ♥




Older Post . Newer Post



Gratisan Musik