// Miss Simple

| Tentang hati |
Sunday, July 1, 2012 | 2:19 AM | 0 Budak Hot



Salahkah aku menyayangi dirinya? Salahkah sekiranya aku mempunyai perasaan terhadapnya? Katakan yang benar sekiranya aku yang salah.Aku juga ingin memiliki dirinya.Menyayangi dirinya seperti dia menyayangi diriku.Tapi semua tu mimpi kan? Reallife dia bukan milikku.Sama sekali bukan.Dia milik seseorang insan yang sangat bertuah.Ehem maaf nama si bertuah tu wajib DIRAHSIAKAN *ketawa sopan* Jujur aku katakan, Aku ingin memilikinya.Tapi .....Ye, cuma dalam mimpi saja aku miliknya,
kau miliku.Tapi reallife? Hanya aku,kau dan dia sahaja yang tahu.Sudah lama aku menyendiri.Aku juga terasa sepi, kekosongan.Ya, seperti blog ini.Sudah lama aku biarkan ia kosong kosong *lagu kosong-Najwa latip on* Aku sibuk barangkali.Kerana itulah blog aku sepi, sepi dan terus menyepi tanpa tuan rumah yang comel ini.Aku tahu kau merinduiku seperti aku merindui kamu.Jangan terharu sangat pabila ku katakan bahawa aku merindui dirimu ye readers kerana itu semua bohong *gelak jahat* Seperti aku katakan aku bukan lemah tanpa cinta.Bukan sama sekali.Hanya tidak mampu sendiri tanpanya.Biarkan aku menangis kerna derita.Mungkin aku harus melupakannya.Melupakan orang yang aku sayang.Tapi semakin aku cuba melupakannya, semakin kuat rasa sayangku padanya.Aku harus memadam rasa di dalam hati ini juga.Namun hati tidak pernah mampu melepaskan kau pergi.Secara jujur aku katakan, kaulah yang aku inginkan.Cuma kau seorang.Kau datang padaku dan mencuri hatiku tanpa meminta izin dahulu sebelum mencuri hatiku.Rasa nak bagi kaki pun ada jugak tapi tidak ku sanggup melakukan hal sebegitu terhadap orang yang aku sayang.Ehem.Aku minta kau jaga hatiku sebaik mungkin seperti mana aku menjaga hatimu.Kini hatiku telah kau takluk sehingga ku tak mampu melupakanmu.Aku tahu kau bukan miliku.Aku berserah pada yang Esa.Aku percaya pada takdir sekiranya kau lah jodoh ku, insyaallah suatu hari nanti kita akan bersama sampai jannah.Isnyaallah, amin :)

Your princess,
Alin :*


Hidup dan Mati ku kerana Allah SWT ♥




Older Post . Newer Post



Gratisan Musik